Contoh Ayat bagi Perkataan Hampir Sama Bunyi


Contoh Ayat bagi Perkataan Hampir Sama Bunyi : 

1.    bertitah – Sultan Maarof sedang bertitah di atas singgahsana.
……bertatah – Rantai leher yang dipakainya bertatah berlian dan permata.
2. gumpal – Kami menemui tiga gumpal wang kertas lama di dalam gua itu.
……gempal – Badannya kelihatan agak gempal dan kulitnya keputih-putihan.
3. mencolek – Adik mencolek sedikit kek itu dengan jarinya.
……menculik – Penjahat itu menculik anak Encik Tong untuk mendapatkan tebusan.
4. memerah – Hamreesh sedang memerah susu kambing di belakang rumahnya.
……memeras – “Jangan cuba untuk memeras pelajar yang lemah”, kata Encik Chew.
5. melencong – Pagi itu dia tidak ke sekolah tetapi melencong ke tempat lain.
……melancong – Pada cuti penggal pertama dia melancong ke Bangkok.
6. bertelur – Penyu itu sedang bertelur di tepi pantai.
……bertelor – Pemuda itu bertutur dengan bertelor Kelantan.
7. berkenan – Ibu amat berkenan dengan baju yang bercorak batik itu.
……berkenaan – Ceramah itu adalah berkenaan dengan penyalahgunaan dadah.
8. menempa – Ahli sukan itu telah menempa nama dalam bidang karate.
……menempah – Puan Chong menempah makanan daripada pekerja di kantin itu.
9. menyurut – Air banjir di kampung itu semakin menyurut sejak semalam.
……menyorot – Pada waktu lapang, dia suka menyorot sajak-sajak di buku lama itu.
10. melagakan – Dialah yang telah melagakan Ah Chong dengan Ayapan sehingga bergaduh.
melegakan – Air kelapa itu dapat melegakan tekak yang kering.

.