Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Penyakit Demam Sawan


Penyakit Demam Sawan

Apakah Penyakit Demam Sawan ?
la adalah serangan sawan yang dicetuskan oleh demam yang tinggi pada kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun.
Apa itu sawan ?
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan.
Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda mengalami sawan ?
Baringkan dia mengiring dan pastikan kepala pada paras yang sama atau lebih rendah daripada badan.
§  Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan.
§  Jangan sekali-kali cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut.
§  Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.
§  Sekiranya sawan itu berterusan anda boleh memasukkan ubat sawan melalui dubur (suppositori diazepam). Sawan sepatutnya berhenti dalam tempoh 10 minit.
§  Bawa anak anda ke hospital sekiranya sawan masih berterusan dalam tempoh 10 minit selepas memasukkan ubat sawan.
Adakah ia sama dengan epilepsi (gila babi) ?
Tidak. Epilepsi ialah sawan tanpa demam dan biasanya berlaku pada kanak-kanak yang lebih dewasa atau peringkat remaja.
Adakah demam sawan menyebabkan epilepsi ?
99% pesakit demam sawan tidak akan mengalami epilepsi.
Adakah demam sawan menyebabkan kerosakan otak kekal?
Sangat jarang berlaku, kanak-kanak yang mendapat sawan yang berpanjangan (dalam tempoh lebih 30 minit) mungkin boleh mendapat kerosakan otak kekal.
Apakah penyebab demam sawan ?
Sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk selsema atau jangkitan virus.
Adakah ia berulang ?
Ya. 3 daripada 10 kanak-kanak yang demam sawan akan mendapat serangan yang sama. Tetapi risiko mendapat demam sawan berkurang apabila melebihi umur 3 tahun.
Adakah anak itu merasa kesakitan semasa sawan
Tidak. Semasa anak itu tidak sedarkan din dan tidak menyedari apa yang berlaku.
Apakah yang perlu dibuat jika anak anda demam ?
§  Periksa suhu badan menggunakan jangkasuhu.
§  Bukakan pakaian untuk menurunkan suhu badannya dan rendahkan suhu bilik
§  Lakukan jelungan dengan air paip yang bersih pada keseluruhan tubuh untuk menurunkan suhu badan. Elakkan dan menggunakan ketulan ais (air batu).
§  Beri minum air secukupnya.
§  Berikan ubat demam kanak-kanak dengan dos yang betui dan sekiranya anak anda tidak boleh memakan ubat demam, anda. Boleh memberi suppositori paracetamol setiap 4-6 jam sekali:
Umur < 1 tahun 5 ml (120 mg)/l sup
1 hingga 3 tahun 10ml (240 mg)/2 sup
umur > 4 tahun 15 ml (360 mg)/3 sup
Sekiranya anak anda masih kelihatan tidak sihat atau mengalami sakit tekak atau sakit telinga bawa dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Antihiotik tidak semestinya diberikan kepada semua pesakit demam sawan.
Demam bersama sawan boleh berlaku disebabkan oleh penyakit serius yang lain seperti radang otak (encephalitis) dan radang selaput otak (meningitis) contoh: Japanese B Encephalitis (JE). Pesakit yang mengalami demam dan sawan hendaldah menjalani pemeriksaan doctor.
.

Demam Denggi


Demam Denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
§  Demam panas
§  Sakit kepala
§  Sakit tulang belakang
§  Sakit sendi-sendi
§  Loya dan muntah-muntah
§  Sakit biji mata
§  Ruam

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
§  Mudah lebam
§  Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
§  Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Apakah rawatan untuk demam denggi?
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.
Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
1.    Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
§  Membuang bekas yang boleh menakung air
§  Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
§  Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
§  Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
§  Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
2.    Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
3.    Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
§  Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
§  Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
§  Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
§  Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup


.
     

    Banjir – Panduan Penjagaan Kesihatan



    Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir
    Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.
    Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir
    Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :
    §  Lemas
    §  Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
    §  Terkena renjatan elektrik
    §  Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu

    Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir
    §  Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
    §  Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
    §  Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
    §  Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir

    Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?
    §  Sentiasa minum air yang telah dimasak
    §  Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
    §  Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
    §  Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
    §  Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
    §  Guna tandas yang sempurna
    §  Buang sampah di tempat yang betul
    §  Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
    §  Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah


    .