Latihan Tatabahasa : Maksud Peribahasa
Beri maksud peribahasa di bawah:
1. sudah terantuk baru tengadah
2. air yang tenang jangan disangka tiada buaya
3. alah membeli menang memakai
4. berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah
5. biar titik jangan tumpah
6. cencaru makan petang
7. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
8. cicir dipungut, hilang di cari
9. ukur baju di badan sendiri
10. sediakan paying sebelum hujan
2. air yang tenang jangan disangka tiada buaya
3. alah membeli menang memakai
4. berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah
5. biar titik jangan tumpah
6. cencaru makan petang
7. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
8. cicir dipungut, hilang di cari
9. ukur baju di badan sendiri
10. sediakan paying sebelum hujan
1. Jawapan: Sudah ditimpa kemalangan barulah hendak beringat-ingat/ berhati-hati.
2. Jawapan: Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
3. Jawapan: Biarlah membeli barang yang berkualiti dan lebih mahal harganya asalkan barangan itu tahan lama.
4. Jawapan: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan berhati-hati.
5. Jawapan: Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak.
6. Jawapan: Mendapat keuntungan atau kemenangan pada saat-saat akhir.
7. Jawapan: Seseorang itu mestilah berhati-hati apabila bercakap atau memberi pendapat tentang sesuatu perkara.
8. Jawapan: Jangan membazirkan sesuatu makanan hanya kerana ingin berjimat.
9. Jawapan: Berbelanja atau melakukan sesuatu perkara biarlah mengikut kemampuan diri kita sendiri.
10. Jawapan: Berjaga-jaga lebih baik sebelum bencana atau perkara buruk berlaku.