PENDAHULUAN
- Mutakhir ini semangat patriotik dalam kalangan generasi muda semakin pudar.
- Hal ini demikian berpunca daripada pelbagai faktor dan suasana kehidupan yang lebih terbuka dan mencabar.
- Fenomena sebegini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana impaknya amat buruk terhadap keamanan dan kemajuan negara.
- Pelbagai cara untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.
- Menganjurkan kem jati diri yang mana pengisiannya mestilah bertumpu kepada usaha memberikan kesedaran kepada golongan remaja.
- Mengadakan program sambutan 'Bulan Kemerdekaan' di sekolah mahupun institusi pengajian yang lain.
- Mengenang jasa-jasa tokoh pahlawan dan tokoh pejuang kebangsaan.
- Menggalakkan penghasilan filem-filem bercorak patriotik seperti Bukit Kepong, Leftenan Adenan dan lain-lain.
- Menganjurkan pameran-pameran tentang sejarah kemerdekaan, darurat, campur tangan asing dan peperangan yang berlaku di negara kita.
- Memperkasakan pengajaran subjek Sejarah di sekolah.
- Menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus dalam setiap peperiksaan awam.
- Mewajibkan semua pelajar IPTA dan IPTS mengambil subjek Sejarah dan wajib lulus sebagai syarat mendapat ijazah.
- Kempen kesedaran 'sejarah' dalam kalangan generasi muda wajar dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan berterusan.
- Menganjurkan sambutan Hari Kemerdekaan secara besar-besaran dengan lebih tumpuan kepada menimbulkan rasa kecintaan rakyat terhadap negara.
- Pemimpin kerajaan, masyarakat dan kaum perlu bahu-membahu dalam usaha menanam semangat patriotik.
- Pihak bertanggungjawab wajar membina galeri-galeri yang mempamerkan fakta-fakta sejarah seperti gambar, barang-barang sejarah untuk dilihat dengan lebih dekat oleh golongan remaja.
- Menubuhkan persatuan sejarah di semua peringkat sama ada di sekolah, institusi pengajian tinggi, kolej dan sebagainya.
- Pihak swasta boleh menganjurkan pertandingan fotografi bertemakan sejarah tanah air, menganjurkan pertandingan menulis esei sejarah dan lain-lain.
- Pihak kerajaan melalui agensi yang berkaitan mestilah berusaha memperkasakan muzium di seluruh negara.
- Kesimpulannya pelbagai cara yang boleh dilaksanakan bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.
- Semua cara atau langkah yang dilaksanakan ini mestilah dibuat secara bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab.
- Tegasnya semua pihak perlu prihatin akan isu yang penting ini kerana rakyat tanpa semangat patriotik yang membara ialah mayat hidup yang senang diperkotak-katikkan oleh anasir-anasir jahat.
.