PENDAHULUAN
- Membaca jambatan ilmu.
- Membaca amat dituntut oleh agama Islam.
- Membaca dapat meningkatkan penguasaan ilmu serta kemahiran yang menjadi faktor penentu kejayaan seseorang.
- Pelbagai langkah untuk menggalakkan aktiviti membaca dalam kalangan pelajar.
- Golongan pelajar mesti diterapkan dengan kefahaman yang jitu tentang kepentingan membaca kepada diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan agama.
- Ibu bapa wajar mendidik anak agar gemar membaca sejak mereka masih anak-anak lagi.
- Ibu bapa perlu menjadikan membaca sebagai hobi seterusnya menjadi teladan kepada anak-anak.
- Ibu bapa mesti menyediakan suasana positif yang menarik minat anak untuk membaca.
- Ibu bapa menjadikan budaya membaca sebagai amalan dalam keluarga.
- Pihak pengurusan sekolah melaksanakan dasar menggalakkan aktiviti membaca dalam kalangan pelajar.
- Pihak sekolah mesti menyediakan kemudahan pusat sumber yang lengkap dan kondusif.
- Pihak sekolah sentiasa menjalankan kempen membaca secara berkala dan bersungguh-sungguh.
- Pihak sekolah bersama dengan guru melaksanakan projek 'Nilam' dengan efektif sepanjang tahun.
- Guru perlu sentiasa memberikan kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya aktiviti membaca.
- Guru seharusnya menggunakan pelbagai pendekatan dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang berteraskan aktiviti membaca.
- Pihak Kementerian Pelajaran perlu menganjurkan program galakan membaca di peringkat kebangsaan.
- Pihak kementerian mesti menyediakan peruntukan yang munasabah kepada sekolah-sekolah bagi meningkatkan prasarana pusat sumber sekolah.
- Pihak kerajaan harus melancarkan kempen membaca secara berterusan melalui pelbagai media seperti media elektronik, media cetak dan sebagainya.
- Pihak kerajaan mesti menurunkan cukai ke atas bahan-bahan percetakan, import buku agar harga buku menjadi murah di pasaran.
- Pihak kerajaan juga perlu menggiatkan aktiviti penterjemahan buku-buku asing ke dalam bahasa Melayu.
- Pihak kerajaan memperkenalkan skim baucar membeli buku kepada golongan pelajar dari semua peringkat bukannya hanya untuk pelajar IPT.
.