Latihan Tatabahasa : Maksud Peribahasa


Latihan Tatabahasa : Maksud Peribahasa

 

Beri maksud peribahasa di bawah:

1.    genggam bara api biar sampai jadi arang
2. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
3. malas bergarit perut perit
4. malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
5. seperti anai-anai makan kayu
6. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang
7. bagai beliung dengan asahan
8. biduk berlalu kiambang bertaut
9. buang yang keruh ambil yang jernih
10. cubit peha kanan peha kiri terasa juga

Jawapan: Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah sehingga mendapat hasil.
2.    Jawapan: Kita tidak akan mendapat hasil jika kita tidak berusaha.
3.    Jawapan: Sikap malas berusaha akan menyebabkan kita mendapat kesusahan.
4.    Jawapan: Orang yang malas tidak akan maju.
5.    Jawapan: Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin.
6.    Jawapan: Sesuatu hasil yang dihajatkan mestilah diikuti dengan usaha yang rajin kerana rezeki tidak datang dengan sendiri.
7.    Jawapan: Perhubungan sahabat yang sangat rapat.
8.    Jawapan: Dua pihak yang bergaduh akan berbaik-baik semula apabila tiada penghasutnya.
9.    Jawapan: Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja.
10.Jawapan: Jika orang yang rapat dengan kita mendapat kesusahan, kita akan merasakan kesusahan itu juga.

.