Latihan Tatabahasa : Maksud Peribahasa
Beri maksud peribahasa di bawah:
1. ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi
2. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
3.buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
4. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
5. hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa
6. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
7. umpama mintak setitik, di laut sekalipun timbul juga
8. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
9. bagai lebah menghimpun madu
10. cepat kaki, ringan tangan

1. Jawapan: Semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin merendah diri sifatnya.
2. Jawapan: Mengikut sifat orang berilmu yang suka merendah diri daripada bersikap sombong.
3. Jawapan: Berbuat baik biarlah berpatutan tetapi janganlah berbuat jahat sama sekali.
4. Jawapan: Perkara yang selalu dikenang apabila seseorang telah tiada ialah nama baiknya.
5. Jawapan: Berbuat baiklah semasa masih hidup untu diri dan masyarakat dan jangan berbuat jahat.
6. Jawapan: Orang yang berketurunan baik, ke mana dia pergi akan menjadi baik juga akhirnya.
7. Jawapan: Orang yang baik jika berada di mana-manapun akan dimuliakan orang juga.
8. Jawapan: Setiap perbuatan mesti dilakukan bersungguh-sungguh sehingga mendapat hasil yang baik.
9. Jawapan: Orang yang sangat rajin mencari ilmu atau harta.
10. Jawapan: Orang yang rajin dan cekap bekerja.
.