Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai
| 1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba. |
| 2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko: § Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain. § Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda). § Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. § Penghidap penyakit sistem pernafasan. § Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid. |
| 3. Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh. § Gejala cuaca panas melampau adalah : § Sakit kepala § Keletihan § Lemah tumpuan § Pening § Lemah otot–otot atau kekejangan § Mual dan muntah |
| 4. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma). § Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau: 4.1 Anda Perlu : § Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga. § Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh. § Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan § Hadkan aktiviti luar § Kerap berehat § Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda § Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar. § Pakai topi atau payung yang besar 4.2 Elakkan: § Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi. § Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup. § Bersenam dalam cuaca panas |
| 5. Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah; § Keluar dari kawasan yang panas § Tanggalkan pakaian yang ketat § Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan § Gunakan kipas untuk sejukkan badan § Minum air setiap 15 minit § Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal . |