Beri maksud peribahasa di bawah:
1. diam ubi berisi, diam besi berkarat
2. bagaikan harimau sembunyikan kuku
3. jauhari juga yang mengenal manikam
4. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
5. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
6. air yang dingin juga dapat memadamkan api
7. bagai menjaga intan dicanai
8. karam sambal oleh belacan
9. kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan
10. kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan

1. Jawapan: Orang yang berilmu biasanya diam kerana berfikir tetapi orang yang tidak berilmu selalunya banyak bercakap.
2. Jawapan: Orang berilmu yang menyembunyikan kelebihan dirinya.
3. Jawapan: Orang yang bijaksana sahaja tahu menilai kelebihan sesuatu perkara.
4. Jawapan: Sekiranya tiada ilmu untuk melakukan sesuatu perkara, lebih baik jangan melakukannya.
5. Jawapan: Orang yang sama taraf atau sepadan.
6. Jawapan: Kata-kata yang lemah lembut akan dapat meredakan kemarahan seseorang.
7. Jawapan: Kasih sayang yang amat tinggi.
8. Jawapan: Seseorang yang dikasihi tetapi merosakkan harta benda yang diberi kepadanya.
9. Jawapan: Kasih ibu bapa terhadap anak-anaknya berkekalan selama-lamanya, tetapi kasih anak kepada ibu bapa biasanya tidak tetap.
10. Jawapan: Mengasihi anak dan isteri biarlah berpatutan dan jangan terlalui dimanjai bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.